Kecoh seantero orang bercakap pasal MANSUHKAN PTPTN. Ada yang bersetuju ada yang tak.
tapi aku.... TAK BERSETUJU pada dasarnya.
biarlah aku buka satu cerita yang mungkin ramai yang akan mengutuk kelak tapi biarlah ia dijadikan iktibar khususnya buat mereka yang sekepala dengan aku!
OK DENGAR DULU YA.
masa zaman diploma dulu, aku adalah peminjam PTPTN. sebenar-benarnya aku tidaklah layak untuk meminjam wang itu. jujur aku cakap! dengan wang pencen arwah abah yang aku dapat pada masa tu dan wang pembelanjaan yang mummy kasi, dah terlebih cukup untuk menanggung kos sara hidup dan study pada masa tu.
Tapi biasalah... manusia. MANA PERNAH CUKUP KAN? =p
wang yang aku dapat tak pernah cukup. every sem wajib tukar hp, shopping, dan paling teruk sekali ENJOY. Zaman 'U' .. biasalah! Nak-nak bila ada boyfriend. duit nak pergi dating lagi. FUH! $$$.. takkanlah nak mengharapkan duit boyfriend je. sorry mummy siang-siang dah pesan! jangan terhutang budi, nanti tergadai body! tak mahulah asyik dia je yang belanja! betul tak?
PTPTN ni sebenarnya sangat membantu kepada mereka yang susah. Bukanlah semua pelajar dapat pinjam duit ni. Ia dikasi mengikut taraf hidup. Ada yang dapat RM500, ada yang dapat full RM2500 per sem. Tapi ia juga bagus sebab ia kasi student semangat supaya belajar dan belajar sebab kalau dapat Anugerah Naib Chancellor atau first class, automatik anda tak payah balik pinjaman tu. So sangat useful kan?
Tapi biasalah.. macam aku cakap, student U. Mana yang insaf, baik, dan kaki study tu mungkin sedar wang PTPTN ni tak boleh disia-siakan. Mereka bersungguh-sungguh nak dapat DL every sem, nak dapat ANC.. dan sebagainya.
TAPI AKU? ...............
Ceritanya bermula begini.
Masa mula-mula masuk UITM dahulu, aku tak tahu pun apa tu PTPTN. Yang aku tahu biasiswa, Mara dan JPA. PTPTN? apa tu? so, bila orang berpusu-pusu ambil borang tu (aku ingat lagi mereka sanggup berpanas, redah hujan semua semata-mata nak hantar borang) .. aku pun jadi teruja. WAH. dapat duit? Pinjam duit? BESTNYAAAAA...
aku pun tanya mummy. patut tak aku ambil? mummy cakap JANGAN! alaaa... kakak aku pun cakap jangan... tapi cerita tak habis macam ni je..
aku tanya kawan-kawan aku. berapa mereka dapat, camana nak apply.. dan memang aku tak layak nak apply sebab dia ada syarat-syarat dia dan aku tak menepati syarat-syarat tu. DUH! Antaranya, gaji ibu bapa dah cukup mampu.. so sah-sah aku tak boleh nak apply kan?
Tapi sebab aku nak juga, so dengan pertolongan kawan. dia advice aku macamana nak dapat duit tu. itu ini tung tang ting tang... dapatlah aku wang ptptn tu. FULL LAGI! RM2500/sem.
APA AKU BUAT DUIT TU?
shopping, makan, time tu belum ada kereta so mostly guna untuk sewa kereta dan jalan-jalan.. sebab aku memang pemalas sikit bab-bab naik bas ni. hahahahahaha =p
tapi sebenarnya aku rasa bersalah juga. Ada kawan aku lebih layak, tapi dapat sedikit. Aku yang tak layak ni boleh dapat banyak. Orang cakap tamak. Duit pencen bukannya takde, dapat 4 angka pun masih tak cukup lagi dan jangan terkejut, RM2500 yang aku dapat tu pernah habis dalam masa 2 hari je. Gara-gara shopping tak ingat dunia!
tapi itulah. pandai meminjam, sekarang dah garu-garu kepala nak bayar. Nasiblah aku pinjam tak banyak. Kalau tak mungkin aku dah jatuh tersungkur! Sumpah aku dah insaf! Mungkin ada sebahagian daripada kamu cakap, padan muke. enjoy lagi! come on! bukan aku seorang, tapi sebenarnya ramai ok! especially student tempat aku belajar.
Yuran kami takdelah semahal U lain. every sem, mesti duit tu berlebihan. Ada yang simpan, ada yang guna sampai habis dan lain-lain lagi. Tapi boleh tengokla, kalau PTPTN masuk, bank kat dalam kampus tu, student beratur berjela-jela. shopping complex full ok! handphone tukar baru.. kat pak guard tu mana-mana yang balik naik bas, tangan mesti penuh dengan paperbag. APA NAK CAKAP? nak salahkan PTPTN sebab kasi duit melampau-lampau? jangan weh. bukan semua student mampu. Ada yang betul-betul susah!
Kelebihan PTPTN ni, dia senang nak dapat berbanding dengan pinjaman atau biasiswa lain, kena interview lah, itulah inilah. LECEH! dan ramai yang guna cable untuk dapat dan mereka yang patut dapat, memang ada yang TAK DAPAT LANGSUNG!
tapi kenapa nak suruh mansuhkan PTPTN? itu yang aku tak faham. yes, keburukan dia ramai student berjoli guna duit tu dan yuran pentadbiran terlalu tinggi! yang ni memang aku pun rasa sakit! tapi memang tak patut!
tak semua yang belajar itu kaya.
tak semua yang miskin itu dapat biasiswa.
sedangkan, kalau kamu pun, dapat straight A's. mesti parents macam, ambil lah biasiswa tu. mohonla itu ini. walaupun duit mak bapak kamu kalau guna sampai 100 tahun akan datang pun tak mungkin habis! betul tak? naik turun pergi pejabat YAYASAN NEGERI, JPA, MARA dll. Kamu mampu! ada kereta! mereka yang betul-betul susah, dari pedalaman ni BAGAIMANA pula? ada yang tak tahu bila tarikh tutup permohonan dan lain-lain. nak harapkan surat? hey, surat yang dipost pun kadang-kadang belum tentu sampai tau! SO, kenapa kamu nak sokong sangat PTPTN dihapuskan?
jadi bagi mereka yang tak beberapa pandai dan tak dapat biasiswa ni macamana? pinjam ceti haram ke? kalau takde ptptn kat mana mereka nak pinjam duit? atau kamu bermurah hati nak kasi mereka pinjam duit kamu?
bukankah masa isi borang dulu, punyalah excited. Sanggup berpanas, call mak, pergi beli stem hasil dan lain-lain lagi. ingat tak? kenapa masa tu tak fikir pula buruk dan baiknya ptptn ni.. kenapa tak rasa bebannya kos pentadbiran ptptn ni? kenapa? sebab ptptn senang nak apply. hari ni isi borang.. tunggu.. nanti duit masuk.. lega!
Jujur aku cakap. tolonglah! aku juga peminjam ptptn! nak kutuk aku guna duit ptptn untuk berjoli, kutuklah. sekurang-kurangnya aku nak bayar! sebab aku tahu, aku pinjam duit tu. kalau kau, orang pinjam berbelas-belas ribu. pastu tak nak bayar. sakit hati tak? sakit kan?! sebab tu ah long makin ramai. sebab orang pinjam duit sana sini pastu tak nak bayar, kena bunuh! sekurang-kurangnya, ptptn ni nama kena blacklisted je. bersyukurlah!
fikir-fikirkanlah. anda mungkin mampu. mereka yang hidup daif kais pagi makan pagi tu. macamana pula? nak claim yuran pengajian free? come on! pergi tandas pun kena bayar 20 sen. apesal tak bangkitkan isu tu? mana ada benda yang free sekarang! semua kena bayar. nak bandingkan dengan negara lain, negara kita ni bukan kaya sangat! kalau semua pinjam contohnya 30ribulah. pastu nak suruh mansuhkan hutang 30ribu tu dan didarabkan dengan beratus-ratus ribu yang pinjam.. tak ke negara ni bankrap kemudian hari?
itu yang aku nak cakap, pandai buat pandai tanggung! pandai pinjam, pandai bayar! dulu excited nak pinjam. dah dapat, lupa daratan! abes, adik-adik kau besok.. macamana?
tolonglah fikir dengan wajar. jangan fikir kesenangan diri sendiri. ramai lagi yang memerlukan. bukan anda seorang je. banyak lagi isu yang boleh diperdebatkan. macam lelaki zaman sekarang suka minta cerai pastu tarik balik ke, atau mungkin isu pembuangan anak ke.. tak perlu nak memperpolitikkan PTPTN ni. kalau ye pun, minta kurangkan yuran pentadbiran. tak payahla sampai nak mansuhkan! kasihan kat mereka tu!
renung-renungkanlah.. aku tak menyokong mana-mana parti. aku bercakap berdasarkan simpati, dan aku nak korang jadikan kisah aku sebagai teladan. jangan guna duit pt untuk enjoy! pastu bila dah habis belajarm baru duduk mengenangkan nasib kena bayar balik pinjaman.
kalau susah sangat, pergilah study rajin-rajin. dapat DL every sem, then, tak payah bayar balik duit tu! kan senang. tak perlu garu kepala kemudian hari fikir mana nak cari duit!
yang uols kat luar tu, sibuk nak sokong pemansuhan ptptn ni kenapa? ada yang bersuara padahal tahu tak ptptn ni ape? kalau hanya tahu, ptptn ni tempat pinjam duit baik tak payah nak bersuara! duduk diam-diam saje!
I fight for them! siapa? GENERASI AKAN DATANG. masa aku dah berlalu. generasi akan datang pasti ada di antara mereka yang memerlukannya. tidak hanya pada yuran pengajian, mungkin untuk kos sara hidup seperti bayar duit sewa rumah, makan, peralatan belajar dll. banyak fungsinya duit tu!
aku tahu aku bersalah. tapi aku bukanlah melepaskan tanggungjawab ni sesuka hati. kerana ini untuk kegunaan kita bersama. duit yang kita bayar tu, akan digunakan oleh generasi akan datang. peminjam-peminjam pun makin hari makin bertambah. so apa salahnya bayar lebih sedikit. sekurang-kurangnya mereka, generasi akan datang ni dapat memanfaatkan duit ni!
dan KAMU, peminjam ptptn. jangan jadi sepertiku. gunakanlah duit itu sebaik-baiknya. mungkin boleh dilaburkan dalam saham ASB, atau mungkin jadi seperti mereka, beli kereta kemudia buat perniagaan sewa kereta atau mungkin simpan untuk masa yang akan datang. Coz kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang!
sekian sahaja buat kali ini. semoga kita semua dilimpahi rezeki dengan melimpah ruah.
jujur & ikhlas,
mrs tatie.
p/s : aku tak malu nak mengaku salah sebab aku tahu aku akan bayar! itu duit rakyat!